...WELCOME...

Tuesday, July 15, 2014

Kesakitan yang ku lalui.

Hari ini sepatutnya genap 40 minggu kandungan isteriku. Isteriku telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 12am empat minggu awal dari tarikh jangkaan. Bayi kami yang baru lahir itu diberi nama Oliting Raen Willfred. Oliting dalam bahasa Dusun bermaksud jernih. Raen adalah modifikasi daripada perkataan English Rain yang bermaksud Hujan kerna sewaktu saya dan isteri disatukan, cuaca hujan. Namun, Tuhan lebih menyayangi anak perempuan kami. Di telah dijemput Tuhan lima jam setengah selepas kelahirannya iaitu lebih kurang jam 5.30am pada 19 Jun 2014. Hakikat bahawa anak pertama kami telah pergi buat selama-lamanya sangat pahit untuk ditelan. Kepahitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan ku pudar langsung tak berwarna. Bagaimana perasaan ku pada waktu itu hanya Tuhan yang tahu dan mengerti segalanya. Aku tidak dapat berhenti meraung menangis di dalam lubuk hatiku yang terdalam. Namun, ku gagahi diriku untuk tetap tenang tetapi hanya mampu bertahan seketika saja. Aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa. Aku tidak dapat berhenti bertanya kepada Tuhan di dalam hati, mengapa semua ini harus terjadi saat saya dan isteri hampir mengecapi kebahagiaan bersama anak yang telah ditunggu sejak sembilan bulan yang lepas. Namun, taka ada yang dapat ku perbuat untuk bisa mengembalikan bayi yang baru dilahirkan hidup kembali. Apa yang telah tejadi benar-benar telah menguji diriku dan isteri tersayang. Aku hanya mampu pasrah dan berserah kepada Tuhan atas apa yang telah terjadi. Sungguh berat untuk dipikul, tetapi terpaksa diangkat dengan kekuatan yang Tuhan salurkan. Melihat kembali wajah anak kami melalui gambar, perasaan rindu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hati hancur dan hancur tetapi tak ada apa yang mampu ku buat. Kesedihan yang ku alami masih belum sembuh lagi. Siang dan malam ku, dipenuhi dengan wajah anakku yang comel. Kerjaku jadi tak tentu. Motivasi ku menjadi kurang. Sangat sukar mengembalikan keceriaan semulajdi ku sebelum ini. Dugaan yang sungguh hebat dan tersangat berat ini kadangkala membuatku lemah dan tidak berdaya. Aku hanya mampu merenung hidup ku yang seakan-akan telah pudar dan tidak bererti.  Namun, mahu tak mahu, terpaksa ku relakan semua ini berlalu.

Saat saya dan isteri kehilangan anak pertama dan waktu ini isteriku masih belum sembuh sepenuhnya, dugaan lain pula datang menerjah hidupku. Dua bulan yang lalu, aku disahkan oleh doktor bahawa aku menghidap Cervical Myelopathy di mana  saya harus menjalani pembedahan untuk membuang disc yang telah menghimpit saraf tunjang sehingga belakang ku menjadi sakit tidak menentu dan kedua tapak tanganku kebas sehingga sekarang. Perubahan mulai ku rasakan dalam diriku. Aku cepat lupa dan sangat lambat untuk mengingati sesuatu perkara. Aku maklum kenapa ini terjadi. Mungkin kerna isyarat lambat sampai ke otak dan kembali semua kepada organ. Saya juga tak boleh duduk terlampau lama, kerna belakang dan leherku akan menjadi sakit. Apatah lagi berjalan jauh, menaiki tangga dan mengangkat barang yang ringan atau berat, ku mulai rasakan diriku tak mampu lagi berbuat sedemikian. Masa-masa di hadapan ini saya tak tahu apa lagi kebolehan yang akan berkurang dalam diriku. Kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan doktor di Queen Elizabeth II, doktor pakar sekali lagi memberitahu bahawa tak ada jalan lain lagi untuk kembali sembuh selain menjalani pembedahan. Selesai di Queen Elizabeth, saya terus ke KPJ untuk meminta pendapat daripada doktor pakar. Saya telah berjumpa dengan tiga orang doktor pakar. Melalui khidmat nasihat yang mereka berikan, saya harus membayarnya. Hanya dengan meminta nasihat sahaja, aku telah habis sebanyak RM600. Namun, aku tidak kisah dengan semua itu kerna apa yang penting ialah saya mendapat nasihat daripada beberapa orang pakar dan saya boleh membuat keputusan dengan senang. Ketiga-tiganya menyarankan saya untuk menjalani pembedahan.

Aku menjadi takut dan hanya mampu menangis di dalam kereta ku pada masa itu. Aku bertanya kepada Tuhan, mengapa saya harus melalui jalan seperti ini?  Masalah datang bertubi-tubi.  Aku hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa. Keyakinan ku untuk hidup seperti dulu sepertinya hilang.

Andaikata inilah yang harus ku lalui, saya juga tidak punya jalan yang lain selain menjalani pembedahan kerana lambat-laun saya akan tetap menjalani pembedahan juga.  Aku sudah bersetuju dan telah nekad untuk melalui semua ini.


Aku tidak tahu bagaimana hasil pembedahan itu nanti. Saya hanya mampu berserah dan meminta kepada Tuhan supaya semuanya akan selamat dan dipermudahkan.  Tetapi andaikata Tuhan sudah merencanakan bahawa hidupku hanya setakat itu, aku tidak mampu mengubahnya kerna kentetuan hanya di tangan Tuhan. Saya harus menerima segala kemungkinan yang bakal terjadi dalam hidupku. Aku tidak tahu sama ada saya akan hidup seperti sediakala, hidup dalam kelumpuhan atau mungkin nyawaku di ambil Tuhan. Malam ini ku berikan ruang diri ini untuk mencoretkan segala perasaan yang tersimpan di dalam hati. Walaupun mungkin keluarga di sekelilingku tidak mahu saya berkata seperti ini, tetapi pada fikiranku hanya ini kesempatan yang aku ada. kerna sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada diriku selepas pembedahan, aku mungkin tak mempunyai pelauang lagi untuk memberitahu perasaanku kepada orang di sekeliling ku terutama keluargaku. Apa yang ingin ku katakan, hanyalah ingin meminta maaf kepada semua atas segala perlakuan yang tidak menyenangkan, kata-kata ku yang mungkin pernah menyakiti perasaan, atau segala tindakan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Ku pohon sejuta kemaafan. 

No comments: