Hari ini sepatutnya genap 40 minggu
kandungan isteriku. Isteriku telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam
12am empat minggu awal dari tarikh jangkaan. Bayi kami yang baru lahir itu diberi nama Oliting Raen Willfred. Oliting dalam bahasa Dusun bermaksud jernih. Raen adalah modifikasi daripada perkataan English Rain yang bermaksud Hujan kerna sewaktu saya dan isteri disatukan, cuaca hujan. Namun,
Tuhan lebih menyayangi anak perempuan kami. Di telah dijemput Tuhan lima jam
setengah selepas kelahirannya iaitu lebih kurang jam 5.30am pada 19 Jun 2014.
Hakikat bahawa anak pertama kami telah pergi buat selama-lamanya sangat pahit
untuk ditelan. Kepahitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Perasaan ku pudar langsung tak berwarna. Bagaimana perasaan ku pada waktu itu
hanya Tuhan yang tahu dan mengerti segalanya. Aku tidak dapat berhenti meraung
menangis di dalam lubuk hatiku yang terdalam. Namun, ku gagahi diriku untuk
tetap tenang tetapi hanya mampu bertahan seketika saja. Aku hanya manusia biasa
yang tidak punya apa-apa. Aku tidak dapat berhenti bertanya kepada Tuhan di
dalam hati, mengapa semua ini harus terjadi saat saya dan isteri hampir mengecapi
kebahagiaan bersama anak yang telah ditunggu sejak sembilan bulan yang lepas. Namun,
taka ada yang dapat ku perbuat untuk bisa mengembalikan bayi yang baru
dilahirkan hidup kembali. Apa yang telah tejadi benar-benar telah menguji
diriku dan isteri tersayang. Aku hanya mampu pasrah dan berserah kepada Tuhan
atas apa yang telah terjadi. Sungguh berat untuk dipikul, tetapi terpaksa
diangkat dengan kekuatan yang Tuhan salurkan. Melihat kembali wajah anak kami
melalui gambar, perasaan rindu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hati
hancur dan hancur tetapi tak ada apa yang mampu ku buat. Kesedihan yang ku
alami masih belum sembuh lagi. Siang dan malam ku, dipenuhi dengan wajah anakku
yang comel. Kerjaku jadi tak tentu. Motivasi ku menjadi kurang. Sangat sukar
mengembalikan keceriaan semulajdi ku sebelum ini. Dugaan yang sungguh hebat dan tersangat
berat ini kadangkala membuatku lemah dan tidak berdaya. Aku hanya mampu
merenung hidup ku yang seakan-akan telah pudar dan tidak bererti. Namun, mahu tak mahu, terpaksa ku relakan
semua ini berlalu.
Saat saya dan isteri kehilangan anak
pertama dan waktu ini isteriku masih belum sembuh sepenuhnya, dugaan lain pula datang menerjah hidupku. Dua bulan yang lalu, aku
disahkan oleh doktor bahawa aku menghidap Cervical Myelopathy di mana saya harus menjalani pembedahan untuk
membuang disc yang telah menghimpit saraf tunjang sehingga belakang ku menjadi
sakit tidak menentu dan kedua tapak tanganku kebas sehingga sekarang. Perubahan mulai ku rasakan dalam diriku. Aku cepat lupa dan sangat lambat untuk mengingati sesuatu perkara. Aku maklum kenapa ini terjadi. Mungkin kerna isyarat lambat sampai ke otak dan kembali semua kepada organ. Saya juga tak boleh duduk terlampau lama, kerna belakang dan leherku akan menjadi sakit. Apatah lagi berjalan jauh, menaiki tangga dan mengangkat barang yang ringan atau berat, ku mulai rasakan diriku tak mampu lagi berbuat sedemikian. Masa-masa di hadapan ini saya tak tahu apa lagi kebolehan yang akan berkurang dalam diriku. Kelmarin
sekali lagi saya berjumpa dengan doktor di Queen Elizabeth II, doktor pakar
sekali lagi memberitahu bahawa tak ada jalan lain lagi untuk kembali sembuh
selain menjalani pembedahan. Selesai di Queen Elizabeth, saya terus ke KPJ untuk meminta pendapat daripada doktor pakar. Saya telah berjumpa dengan tiga orang doktor pakar. Melalui khidmat nasihat yang mereka berikan, saya harus membayarnya. Hanya dengan meminta nasihat sahaja, aku telah habis sebanyak RM600. Namun, aku tidak kisah dengan semua itu kerna apa yang penting ialah saya mendapat nasihat daripada beberapa orang pakar dan saya boleh membuat keputusan dengan senang. Ketiga-tiganya menyarankan saya untuk menjalani pembedahan.
Aku menjadi takut dan hanya mampu menangis di dalam kereta ku pada masa itu. Aku bertanya kepada Tuhan, mengapa saya harus melalui jalan seperti ini? Masalah datang bertubi-tubi. Aku hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa. Keyakinan ku untuk hidup seperti dulu sepertinya hilang.
Aku menjadi takut dan hanya mampu menangis di dalam kereta ku pada masa itu. Aku bertanya kepada Tuhan, mengapa saya harus melalui jalan seperti ini? Masalah datang bertubi-tubi. Aku hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa. Keyakinan ku untuk hidup seperti dulu sepertinya hilang.
Andaikata inilah yang harus ku lalui,
saya juga tidak punya jalan yang lain selain menjalani pembedahan kerana
lambat-laun saya akan tetap menjalani pembedahan juga. Aku sudah bersetuju dan telah nekad untuk
melalui semua ini.
Aku tidak tahu bagaimana hasil
pembedahan itu nanti. Saya hanya mampu berserah dan meminta kepada Tuhan supaya
semuanya akan selamat dan dipermudahkan.
Tetapi andaikata Tuhan sudah merencanakan bahawa hidupku hanya setakat
itu, aku tidak mampu mengubahnya kerna kentetuan hanya di tangan Tuhan. Saya
harus menerima segala kemungkinan yang bakal terjadi dalam hidupku. Aku tidak
tahu sama ada saya akan hidup seperti sediakala, hidup dalam kelumpuhan atau
mungkin nyawaku di ambil Tuhan. Malam ini ku berikan ruang diri ini untuk
mencoretkan segala perasaan yang tersimpan di dalam hati. Walaupun mungkin keluarga di sekelilingku tidak mahu saya berkata seperti ini, tetapi pada fikiranku hanya
ini kesempatan yang aku ada. kerna sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada
diriku selepas pembedahan, aku mungkin tak mempunyai pelauang lagi untuk memberitahu perasaanku kepada
orang di sekeliling ku terutama keluargaku. Apa yang ingin ku katakan, hanyalah
ingin meminta maaf kepada semua atas segala perlakuan yang tidak menyenangkan, kata-kata ku yang mungkin pernah menyakiti perasaan, atau segala tindakan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Ku pohon sejuta kemaafan.