...WELCOME...

Thursday, September 29, 2011

Hari Raya 2011



Waa sungguh lama tidak menjenguk di ruangan ini. Salam buat semua pembaca. Harap semuanya bagus-bagus saja. Lebih kurang mau sebulan sudah tidak menulis apa-apa di ruangan ini. Bulan Ramadhan pun berlalu sudah. Tahun ini saya meraikan hari raya dengan penuh meriah. Pergi melawat kawan di kampung. Dan sudah tentu, perut sentiasa kenyang. Puji Tuhan.

Tahun ini juga merupakan tahun pertama saya ditawarkan menjadi juru kamera sebuah keluarga sempena sambutan hari raya. Tema hari raya gitu. Best juga ambil gambar family ini. Tapi nampaknya pengalaman pertama ini ada yang tidak berapa ok. Saya yang tidak okey sebab saya lambat sampai ke rumah itu berikutan saya terlajak masa di tempat kawan. Maklumlah sangat seronok bila jumpa kawan lama ni. Apalagi, mau berganjak dari tempat duduk pun punyalah liat. Tapi syukurlah, family itu dapat juga tunggu saya untuk sesi photgraphy. Tq so much!

No comments: