Satu gerakan yang menamakan kumpulan mereka sbg BERSIH telah membuat satu perhimpunan sebagai satu tanda demonstrasi kepada pihak yang sedang memerintah Malaysia sekarang. Metropolitan Kuala Lumpur khasnya telah menjadi tempat perhimpunan ini. Perhimpunan ini telah menyebabkan keadaan di metropolitan tersebut menjadi huru-hara.
Sebenarnya yang paling ikhlas di dalam hati saya, saya tidak tahu pun apa sebenarnya tujuan perhimpunan ini diadakan. Beberapa hari yang lalu, saya membaca banyak status kawan-kawan di facebook yang mengatakan mengenai baju kuning, bersih dan sebagainya. Saya tertanya-tanya juga, eh" apa yang sedang berlaku diluar ni?" Biasalah, org macam saya memang tidak ambil peduli mengenau politik. Even tempat tinggal saya di kuaters kerajaan pun, saya tidak ada TV. So, apa-apa maklumat mengenai dunia di luar, saya tidak ketahui kerana saya tidak ada perasaan untuk ambil tahu. Tapi, apabila mengetahui bila memakai baju, polis akan tangkap, ada jugalah perasaan timbul ingin mengetahui sebabnya. So, adalaa buat reasearch sikit-sikit mengenai semua ini melalui online news. So, bila saya tahu perhimpunan BERSIH akan diadakan pada hari ini 9 Julai 2011, saya ambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja. Yalah, siapa sanggup terperangkap dalam traffic kan. Tidak sanggup saya. Even, 10 minit pun mau sakit suda kaki, apa lagi satu jam.
Tapi, apapun yang berlaku semoga Tuhan campur tangan dalam hal ini. Biarlah keamanan akan terus dinikmati oleh rakyat Malaysia. Orang-orang terdahulu sudah susah payah untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British, jadi kita sebagai generasi baru ini perlulah menghargai keamanan yang telah dicapai itu. Siapapun yang memerintah negara, perlulah bersikap adil, mempunyai hati yang mulia, ikhlas untuk mentdabir negara dan sebagainya. Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan negera kita Malaysia. Bila berlakunya perkara seperti hari ini, maka malulah kita terhadap pelancong-pelancong yang sedang berada di negara kita.
Semoga Tuhan terus campur tangan di dalam hal ini, Apapun yang terjadi, biarlah kehendakMu yang terjadi, amen!
regards,
kolosz...^^
No comments:
Post a Comment